15 Mac 2010

Maaf aku pergi jauh....

aku telah pergi jauh
sewaktu engkau mencerca jiwa
dan menduga keteguhan cinta;
katamu akulah istana pasir
yang sentiasa kalah di kaki ombak
dan engkau karang setia
memperjudikan nasib
mempertahankan cinta.

aku telah pergi jauh
sewaktu engkau masih meleteriku
aku tak akan ke tengah segara
bukan ke puncak sagarmatha
tidak jua ke lembah dan lurah
bukan garing di oisis
atau lemas di sahara.

aku telah pergi jauh
sewaktu matamu terbuka
pada suatu subuh bening
aku tetap kekal di sisimu
tanpa jiwa
sebagaimana yang kau minta.

maafkan aku
kerana terpaksa pergi jauh
tanpa meninggalkan sekeping nyawa
untukmu.

aku pergi jauh
mengubat luka yang sarat di jiwa
kembali menemui-nya

amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan